Sunday, April 26, 2009

NAFSU YANG DEGIL


Dalam sebuah kitab karangan Uthman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup di abad ke 13 Hijriah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah swt telah menciptakan akal, maka Allah swt telah berfirman bermaksud : "Wahai akal, mengadaplah engkau". Maka akal pun mengadaplah ke hadapan Allah swt. Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud : "Wahai akal, berbaliklah engkau", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal. siapakah aku?". Lalu akalpun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambamu yang daif dan lemah".

Lalu Allah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal, tidak kuciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau". Setelah itu Allah swt menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu". Nafsu tidak menjawab, sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai nafsu, siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata : "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau". Setelah itu Allah swt menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau".

Lalu Allah swt menyiksa nafsu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah swt berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakan Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hambaMu dan Engkau adalah tuhanku".

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah juga Allah mewajibkan puasa. Dalam kisah ini kita tahu bahawa nafsu adalah sangat jahat. Oleh itu kita hendaklah mengawal nafsu - jangan biarkan nafsu mengawal kita. Kita akan musnah akibat mengikutkan nafsu.

No comments:

Post a Comment

new welcome