Monday, January 26, 2009

GURINDAM JIWA



Gurindam Jiwa

Gurindam Jiwa

( L )
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

( P )
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

( korus )
( L )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Sunday, January 25, 2009

RESEPI CINTA



Hafez dah buat resepi kejayaan, ha..ini plak resepi cinta.
Bleh cuba. Khas buat Miss Jazz.

BAHAN-BAHAN:
1 tin cerita
2 keping hati yang masih muda
1 mangkuk besar pengertian
2 tin keimanan kepada Tuhan
2 biji tomato pengharapan
1 mangkuk keyakinan
1/2 sudu cemburu
1 mangkuk perjodohan
cubitan mesra, serta gurauan secukup rasa.


CARA - CARANYA :
Mula - mula bukakan tin cerita dan keluarkan isinya.
Potong kedua-dua keping hati dan letakkan ke dalam mengkuk pengertian untuk mencegah daripada pertukaran perasaan.
Tuangkan kepercayaan dan pengertian.

Kemudian letakkan ke dalam mangkuk perjodohan, dihiaskan dengan potongan cemburu dan cubitan secukup rasa.

Campurkan tomato pengharapan dan disusun untuk hiasan.
Letakkan ia ke dalam mahligai yang indah supaya ianya tercegah dari penggodaan.

Canpuran ini lebih manis rasanya jika masa itu dilalui dengan sefahaman kedua-dua belah pihak keluarga.

Jumlah perbelanjaan: Mengikut kemampuan kedua-dua keping hati.

Masanya: Darah Muda

Resepi ini boleh dicuba bila bila masa sahaja asalkan cukup bahan-bahannya.

Selamat mencuba.

Tuesday, January 20, 2009

ORANG SENI




Kecil, halus, sampai tak nampak dengan mata kasar. Kena pakai mikroskop. Bukan itu maksudku. Orang seni bermaksud orang yang jiwanya menghargai sesuatu yang cantik, menghargai keindahan, appreciate pada kesenian.

Tanaman memberi pelbagai kebaikan yang tidak ternilai. Kepada alam sekitar. Kepada kesihatan. Kepada kehidupan. Kepada ekonomi. Aku memang minat tanam pokok. Apatah lagi isteri mempunyai minat yang sama (tapi dia yang lebihnya), pokok bunga dan pokok lain. Masa cikgu Sains suruh bawa pokok tanaman ke sekolah (sekolah rendah - sksg le), aku bawa pokok halia dan aku 'tanam' bawang atas botol berisi air. Seronok tengok akar serta daunnnya bertumbuh.



Tanam pokok keliling rumah. Dalam pasu atau tanah sejengkal. Oksigen segar untuk hidupan penanamnya, juga buat masyarakat keliling serta dapat membendung pemanasan global.

Orang seni memang menghargainya.



Selain tanam pokok, aku suka kumpul kotak rokok. Bapa marah. "Apa kamu buat dengan kotak-kotak ni?, Nak buat apa??" tanyanye.

Aku bukannya apa...rasa tertarik pada kecantikan kotak-kotak rokok yang beraneka fesyen grafiknya tu... Jadi aku simpan. Aku tak merokok sebab merokok membahayakan kesihatan.

Aku tengok atas selonggok tahi lembu. Alangkah indahnya garisan-garisan yang berputar atas longgokan tersebut. Aku rasa kagum. Maaflah... atas benda tak senonoh tu masih ada keindahan serta keunikannya.

Allah maha besar. Jangan pandang hina pada pada sesuatu yang kita sangka tidak elok.
Debu mungkin akan menjadi permata...
Hina... akan jadi mulia....

Wallahualam bissawab, wailaihi marjiuu wal maab.

JOM KONGSI




Orang pergi sekolah, kita pergi sekolah,
kita naik kereta, diapun naik kereta.

Orang kawin, kita kawin,
orang senang, kita berhutang.


Apa-ape saje orang-orang di Malaysia ni buat... haa semuanyalah nak merasa. Hidup berharmonilah katakan!

Tak salah kita berkongsi.. asalkan mendatangkan manfaat.

Jadi ayuh berkongsi....kongsi fa cai!!!
Buat seluruh waqrga cina - Selamat Tahun Baru hamba ucapkan.

Tahun ini tahun lembu weh....

Sunday, January 18, 2009

BENARKAH BEGITU????



1. Bukak Microsoft Word korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY ..
Q33 NY ni adalah number pesawat yang
melanggar WTC tu..
3. Tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. Korang highlightkan Q33 NY tu
kemudian tukar kepada font WINGDINGS.
Apa yang korang nampak? Percaya tak?? ..
sungguh tak disangka
Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang
melanggar WTC (menara berkembar tu) ..

Friday, January 16, 2009

KAMI BERSAMAMU PALESTIN




ALHAMDULILLAH, Tanggal 15 Januari 2009 Munajat Perdana Selamatkan Palestin telah dapat dijalankan dengan sembutan amat menggalakan daripada jemaah warga DUN Kg. Gajah. Dianjurkan oleh Pejabat Penyelia DUN Kg. Gajah Dengan Kerjasama Pertubuhan JAMAIY & AJK Masjid Sultan Azlan Shah, Kg. Gajah. Program bermula dengan solat maghrib berjemaah seterusnya bacaan yasin yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Isa selaku Imam Masjid merangkap Penyelaras Masjid Daerah Kecil Kg. Gajah.

Sejurus itu solat Isya' berjemaah diikuti dengan solat hajat yang diimamkan oleh
Al-Fadhil Ust. Mustafa Shaari Wakil Menteri Besar Perak DUN Kg. Gajah. Pada malam tersebut juga diperdengarkan dengan 'Doa Zaid bin Harithah' yang sebelum itu telah diperjelaskan oleh Ustaz Mustafa tentang sirah (Asbab) doa itu diperturunkan. Moga rintihan dan munajat warga DUN Kg. Gajah & DUN Sg. Manik ini akan diperkenankan ALLAH.


Tazkirah 'Penghayatan Rakyat PALESTIN' juga disampaikan oleh dua wakil Pertubuhan JAMAIY iaitu Sdra Mohd Suhaimi (YDP ABIM Perak) dan Ir. Megat Shaifuddin (Pimpinan JIM Perak). Mereka telah mengupas situasi semasa yang berlaku di Semenanjung Gaza & Baitul Maqdis dengan jelas dan bersemangat. Mereka juga telah memberi gambaran jelas sejarah pendatang Zionis ke Palestin dengan m,emungkinkan peluasan tanah Palestin secara HARAM dilaksanakan oleh kufar Yahudi.

Jemaah yang dianggarkan seramai 450 orang pada malam tersebut tidak berganjak kerana disajikan juga persembahan slide situasi Palestin, penderitaan dan kezaliman yang telah Yahudi lakukan terhadap saudara muslim di tanahair mereka sendiri. TERIMA KASIH kepada para penyumbang pada malam tersebut ketika mana Kutipan Dana PAlestin dilancarkan dan jumlah kutipan tersebut sebanyak RM 2,220.70. Syabas, moga ALLAH akan permudahkan rezeki kalian yang hadir. -http://paspasirsalak.blogspot.com/

Thursday, January 15, 2009

KEMALANGAN JALAN RAYA

Tidak siapa yang menginginkannya.
Namun ia datang bila qada Allah menjemputnya.

Kita telah begitu berhati-hati, namun benarkah begitu. Sedetik tumpuan kita terganggu, boleh menyebabkan kita terjebak.

Dalam sembahyang, terkadang fikiran melayang....inikan pulak ketika memandu. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar menyelamatkan perjalanan kita.

Anak-anakku! berhati-hatilah bukan sahaja di jalan raya, malah di mana jua.

Kini anak saudaraku (Rizal) terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya yang dialaminya di Tapah. Alhamdulillah masih selamat... Rezeki Allah untukkmu kerana melalui pengalaman ini..moga engkau tabah menghadapinya. Semoga cepat sembuh