Tuesday, May 12, 2009

SEJARAH SUNGAI GALAH

Kampung Sungai Galah

Kampung Sungai Galah terletak di daerah kecil Kampung Gajah, Perak. Tempat yang berhampiran ialah Changkat Tin, Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang , Kampung Gajah, Changkat Rambai, Pengkalan Nibong dan lain-lain.

Sungai Galah merupakan sungai kecil yang bersambung dengan Sungai Kinta di sebelah timur. Sungai Kinta pula bersambung dengan sungai Perak.

Kampung ini asalnya kawasan penempatan dan perlombongan yang dimajukan sejak zaman Penjajahan British lagi.Teknologi perlombongan dibawa dari England terutama kapal-kapal korek. Rumah-rumah pengurus dan pekerja lombong dibina di kawasan berdekatan. Apabila harga bijih timah jatuh menjunam , lombong-lombong di kawasan ini telah ditutup. Baru-baru ini kawasan ini hendak dimajukan oleh MMC Sdn Bhd.

Kawasan ini dahulunya merupakan petempatan majmuk yang diduduki oleh pelbagai kaum seperti Orang Asli,Melayu,Cina dan India. Ada klinik kesihatan, panggung wayang dan pelbagai kemudahan lain. Tanah di kawasan ini telah diwartakan kepada Penduduk Asal Kg. Sg. Galah iaitu Orang Asli. Kini Orang Asli tersebut menjadikan tanah mereka sebagai Projek Tanaman Risda Fasa I iaitu tanaman kelapa sawit. Kebanyakan daripada mereka telah berpindah dan menduduki kampung baru iaitu Kg. Tangkai Cermin.

Yang tinggal di situ hanyalah kedai runcit dan tapak panggung wayang. Rumah-rumah pengurus dan pekerja lombong telah diubahsuai menjadi Pusat Latihan UiTM. Terdapat pasar pagi pada setiap hari Jumaat.

Kg. Sg. Galah kini diduduki oleh masyarakat Melayu dan banyak rumah dibina di situ. Penduduk asal yang telah berpindah ke Kg. Tangkai Cermin juga telah menikmati kemajuan dan pembangunan sejajar dengan 50 tahun negara kita merdeka. Kg. Tangkai Cermin banyak melahirkan golongan cerdik pandai seperti Bekas Senator Mendiang Itam Wali bin Nawan, Peguambela Kemala, Uda Nago, Dr. Bahari Belaton, Anak-anak mendiang Itam Wali- Elwan Awang,Elwa Lisa,Elwan Ponso dan Elwa Nita dan lain-lain lagi.

Friday, May 8, 2009

SANTAI SEKEJAP

Mungkin anda dah pernah dengar soalan nih.... Kalau dah tahu anggap ini sebagai ulangkaji. Semua boleh jawab soalan ini, sama ada dalam hati, dalam shoutbox atau dalam coment.

Satu frasa (dua perkataan)..boleh menjawab 3 soalan berikut :

1. Mengapakah gigi sakit?
2. Mengapakah ubi berisi?
3. Mengapakah perempuan mengandung?

Apakah frasa tesebut???

Tuesday, May 5, 2009

IKRAR HARI GURU




Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


Monday, May 4, 2009

TEMA HARI GURU KEBANGSAAN 2009 - 1972

Diperturunkan di sini Tema Sambutan Hari Guru Kebangsaan mulai tahun 1972 hingga 2009. Mudah-mudahan dimanfaatkan sepenuhnya


2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang


2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Sunday, May 3, 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009


Guru Pembina Negara Bangsa
(klik tajuk lagu untuk download muzik, vokal & minus one)

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demumu ibu pertiwi
Sumpahku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru pembina negara bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru pembina negara bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

SEJARAH HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh tersebut iaitu pada 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatan kuasa Pelajaran (Report of Education Comittee) sebagai dasar pelajaran negara kita.

Dokumen tersebut juga dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) dan sejak itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.
new welcome