Monday, December 29, 2008

HARAP BULAN JATUH KE RIBA....TAPI SALJI PULAK YANG TURUN




Pejam celik, pejam celik....dah pun sampai penghujung tahun. Cuti Hari Krismas kami semua tak ke mana. Semalam pekena "steam-boat" dan cekik chicken-wing kat restoren Johnny kat Kinta City. Makan sekeluarga - anak yang belanja...katanya order je, nanti dia bayar. Order punya order... time bayar kene RM 100.00 lebih...."Tak pe...biar Adi bayar...baru masuk 3 bulan gaji niii, bile lagi nak merase...".

Hari ni lepak kat rumah....masing-masing layan aktiviti sendiri.. Malam tadi mimpi bulan jatuh ke riba... tapi salji pulak yang turun. Tak caya tengok klip video kat atas tuh!!!

Thursday, December 25, 2008

WAJIB HADIR BILA DIJEMPUT



Jemputan di sana sini. Boleh dikatakan setiap hujung minggu dalam bulan Disember ini ade je jemputan kahwin. Itu kalau hujung minggu. Tak termasuk lagi kenduri malam Jumaat atau malam-malam yang lain... Siang-siangpun ade...

Memangle jemputan untuk seisi keluarga... tapi kengkadang wife dan anak-anak malas nak layan.

Periksa dalam kotak surat pulak...berkeping-keping kad jemputan.... Memang mereka ikhlas menjemput...mungkin teman tak ade dirumah.

Maaflah jika ada jemputan yang teman terlepas. Bukannya disengajakan. Teman tahu yang menghadiri jemputan itu adalah wajib...tapi teman makhluk Allah yang lemah...maafkanlah!!!

Tuesday, December 16, 2008

KRISMAS PUNYA CERITA



Suatu masa dahulu, pada zaman Parameswara (Macam Pengasas Melaka) kecik lagi dia dah bergelumang dengan permainan senjata mempertahankan diri termasuklah lembing, tombak dan keris.

Entah macam mana rezeki bebudak agaknya, Parameswara terjumpa sebilah keris emas dalam sebuah paya ketika sedang menangkap beberapa ekor kura-kura. Dibawaknyelah balik keris tersebut dan hebohlah serata kampong tentang penemuan tersebut... Hebohnya bukan kepalang ...seantero dunia yop....sampai ke Amerika..ke Ingelan (England)sehingga semua orang berkata KERIS EMAS...KERIS EMAS....KERIS EMAS...!!!

Kebetulan agaknya hari itu 25 Disember... orang plak sibuk dengan sebuah perayaan... Jadi mengambil kesempatan peryaan itu...dinamakanlah KrisMAS sempena penemuan Keris Emas tersebut.

Bandingan Pokok Krismas Dengan Keris





Tuesday, December 2, 2008

AL MUBARAK DI AIDIL ADHA





BERKORBAN APA SAJA
HARTA ATAU PUN NYAWA
ITULAH KASIH MESERA
SEJATI DAN MULIA

Selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua pengunjung
dari kami sekeluarga.

Maaf Zahir Dan Batin.

Thursday, November 27, 2008

ORGANISASI KOKURIKULUM 2009




KLIK CARTA UNTUK MELIHAT LEBIH JELAS

Tuesday, November 25, 2008

ANAK KECIL...BERCAKAP APA SAHAJA



Saya pernah bertanya anak saya...besar esok nak jadi apa?

Selamba anak saya jawab.. besar esok nak jadi anjing.

kenapa...saya bertanya lagi.

Sebab anjing tu garang....boleh kejar orang. Tapiii.... jadi rama-rama lagi best..dapat terbang..seronoknye...

Kini anak saya dah kerja...dia memang garang (sebahagian cita-citanya menjadi anjing dan dia dah pun terbang jauh ke Raub , Pahang (seperti rama-rama)...Alhamdulillah cita-citanya tercapai.

Monday, November 24, 2008

MB PERAK AKAN BERTEMU PELANGGAN DI SETIAP DAERAH SELURUH PERAK




MB PERAK AKAN BERTEMU PELANGGAN DI SETIAP DAERAH SELURUH PERAK
Setiap Selasa rakyat akan berdatangan ke Pejabat MB di Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bertemu dengan YAB MB Perak bagi mengadu hal. Tradisi ini bermula sejak Tajol Rosli menjadi MB Perak, dan ia berterusan sehingga sekarang. Tetapi tidak semua rakyat ada peluang bertemu dengan MB kalau mereka tidak mengatur temu janji terlebih dahulu. Rakyat tentu kecewa, datang jauh mahu bertemu dengan MB, tetapi hajat mereka tidak kesampaian. Menyedari hari bertemu pelanggan setiap Selasa di Pejabat MB, masih tidak berkesan dan tidak praktikal, MB Perak telah bersedia untuk turun ke setiap daerah untuk bertemu dengan pelanggan di pejabat daerah masing-masing.
Jadual akan diatur bagi membolehkan YAB MB bersama pegawai-pegawainya bertemu pelanggan bagi menyelami dan membantu menyelesaikan segala permasalahan rakyat. Semoga dengan cara ini, kerajaan dan MB akan sentiasa dekat di hati rakyat.

Sunday, November 23, 2008

Friday, November 21, 2008

DI MANA NABILA

Kalau Nabila ada masa..datangle...

Thursday, November 13, 2008

TAHNIAH - MURID CEMERLANG UPSR 2008




Keputusan UPSR baru sahaja diumumkan pagi tadi dan menyaksikan SK Sg Galah melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Walaupun peratusan lulus hanya meningkat sedikit sahaja, namun bilangan yang mendapat 5 A telah bertambah dari seorang pada tahun lepas kepada tiga orang pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada Adik Nurhidayah bt Nasaruddin, Adik Nurnabihah bt Abd Jalil dan Adik Mohd Ikmal.

Berkat kerajinan dan usaha bersama ibu bapa, guru dan murid, kejayaan ini juga dikongsi bersama adik Mohd Fadhil Zulkifli yang mendapat 4 A 1 B. Tahniah jua diucapkan. Berikut adalah sorotan emosi ketika keputusan diumumkan pada jamuan makan akhir tahun untuk TAHUN 6 SK SG GALAH...

Thursday, November 6, 2008

SIJIL PENGHARGAAN




TERIMA KASIH DADDY COOL ATAS PENGHARGAAN YANG DIBERI.

Wednesday, November 5, 2008

CITERNYE GINI...

"...menurut sumber yang boleh dipercayai, cerita ini berdasarkan sebuah kisah benar. Nama, watak serta senario sengaja ditokok tambah untuk menimbulkan kesan yang lebih dramatik..."

Dalam sebuah Kampong antah-berantah, tinggallah sepasang suami isteri di sebuah rumah (rumahku, syurgaku - walau seburuk mana di mata orang - tetap bagai syurga di hati kita). Dek kerana terlalu miskin dan daifnya, mereka hanya ada sehelai kain batik untuk membaluti tubuh mereka.Garam-belacan serta cabei-rawet adalah sekadarnya untuk meneruskan survival.

Jika suami nak keluar rumah, dia akan pakai kain batik tuh dan tinggallah isteri beliau di rumah tanpa seurat benang. Begitulah sebaliknya - jika si isteri pulak nak keluar rumah, bulatlah tubuh suaminya di rumah!!

Suatu hari si suami perlu keluar ke kaki bukit untuk mengambil sedikit garam tanah - suatu tempat yang biasa mereka pergi. Seperti biasa, tinggallah si isteri di rumah tanpa kain batik tuh! Sesampainya Pak Chat di lubang yang digalinya, diapun memasukkan kepalanya ke dalam lubang tersebut untuk mengaut sedikit garam. Kedua-dua kakinya terpacak ke udara dan... kain batik tuh terlondeh ke tanah...

Pada ketika itu, seekor harimau lalu dan mengaum kerana lapar. Pak Chat takut teramat sangat lalu dia mematikan dirinya. Sang Belang pun terpandang pokok ajaib tu. Diapun menghampirinya. Sang harimau hairan teramat sangat kerana selama hayatnya dia tidak pernah melihat pokok tersebut. Dan dilihatnya di celah dahan terdapat dua biji buah dan diliputi dedaun yang halus.......ajaib sunngguh buah ni..bisik hatinya...tentu sedap dimakan...tambahnya.

Sang harimau cuba mencapai buah tersebut. Ditampar-tamparnya supaya buah itu gugur. Pak Chat sampai terkencing dek terlalu takut!!

Ish.. buah ni muda lagi...tengokla getahnya memancut keluo... Sang harimau meninggalkan tempat tersebut dengan harapan akan kembali menantikan buahnya ranum.

Pak Chat terus cabut balik ke rumah lalu menceritakan apa yang di alaminya kepada isterinya. Mak Odah tergelak untuk mengambil simpati terhadap suaminya, namun di sudut hatinya tidak percaya kerana disangkanya suaminya sengaja mengada-ngada (meng ada-adakan) cerita untuk mengelak kerja tersebut dilakukan lagi.

Hari berganti, minggu berselang. Bekalan garam kehabisan di rumah. "Maleh aku pegi..ko ajelah pegi Odah, carikan garam tuh..." Odah pun pergile dengan rasa berat hati. "Bak kain batik tu pinta Odah". Pak Chat terpaksa 'ber air-cond' di rumah.

Sesampai di lubang, Odah pulak memasukkan kepalanya, kakinya terpacak ke udara and of course kain batik tu terlondeh ke tanah..... Kebetulan pulak harimau ari tu datang lagi dengan aumannya. Mak Odah terkejut lalu mematikan dirinya...

Harimau terpandangkan pokok ajaib yang masih terpacak di situ. Alangkah gumbiranya harimau kera dia pasti buah ajaib yang diidamkannya itu sudah masak ranum. Sang harimau rasa kecewa kerana buah idamannya telah diambil orang. ...tengok tu...sah oang lain dah ambik...ni tinggal tampoknya aje, bisik harimau. Dek terlalu kepinginkan buah tersebut, sang harimau menjilat tampok tersebut. Mak Odah tercrit plak kerana tidak dapat menahan rasa takut..

Sah!!! kata rimau tu, getahnya masih basah lagi...sapale yang dah ambik buah tu, sang harimau berlalu dengan rasa kecewa yang amat sangat.

Kalau anda tak percaya cerita ni, tanyalah kat harimau tersebut yang kini dipindahkan ke kandang Zoo Taiping. Rimau tu selalu termenung... mungkin cerita tu masih terngiang-ngiang di kepalanya...

Tuesday, November 4, 2008

CERITA DIPUBLISHKAN DI DALAM MAJALAH

Pastu cerita tersebut diterbitkan dalam Majalah Gila-Gila. Ceritanya berkisar mengenai sepasang suami isteri miskin...teramat miskin. Saya nak ceritakan semula takut gak dengan larangan yang tertera....dilarang menceritakannya semula kepada orang lain dan termaktub dalam akta aurat...

MASA KURSUS PULAK

Bila dah jadi cikgu, banyaaaakk kerusus yang kena dihadiri. yang seronoknya bila berkursus ni ada je modal teman-teman. Masuk ke bilik kengkawan mulalah bukak cerita, termasuklah cerita PENGLIPUR LARA TUH....

PENGLIPUR LARA

Cerita ini dah tiga kali dimaklumkan kepada saya. Kali pertama diceritakan oleh Penghulu Dorm Sang Nila Utama ketika saya menuntut di Tingkatan Enam di Sekolah Raja Chulan, Ipoh ((1978 - 1979). Masa itu kami 'bermusuh' dengan student Politeknik Ungku Omar bersebelahan dan selepas sembahyang Tarawikh kami 'berperang' tembak-menembak dengan mercun roket. Tak ada sapa yang menang....Warden nampaknya 'sporting' malam itu. Pastu... dah tak ade keroje kami melepak dan berceritalah Tok Ketua...

Sunday, November 2, 2008

INFO BAHASA 5 - SIAPA-SIAPA

(5) SIAPA-SIAPA

1. Apa yang diperkatakan olehnya tidak benar.
2. Siapa yang melanggar disiplin pasti akan dihukum.
3. Ambillah mana satu yang kamu suka.

HURAIAN :

Ketiga-tiga ayat di atas salah kerana kekeliruan pengguna dalam penggunaan kata ganti tanya diri dengan kata ganti tak tentu. Ayat yang betul ialah :

1. Apa-apa yang diperkatakan olehnya tidak benar.
2. Siapa-siapa / sesiapa yang melanggar disiplin pasti akan dihukum.
3. Ambillah mana-mana satu yang kamu suka.

Thursday, October 30, 2008

Wednesday, October 29, 2008

HAIWAN BARU - HARIHARIMAU

Dalam sebuah Kelas di sebuah Sekolah Tamil, seorang guru sedang berbincang tentang nama-nama binatang (haiwan).

Maka bertanyalah guru kepada murid-muridnya tentang nama-nama binatang yang mereka tahu. Satu persatu nama-nama binatang disenaraikan oleh murid-murid.



....kucing...anjing...ular...semut...kanggaroo...lalat...singa....harimau...

Cikgu berasa sangat bangga kerana kelas pada hari itu sangat aktif. Dalam penyenaraian nama-nama binatang itu, seorang murid bangun dan menamakan HARIHARIMAU.

Cikgu berasa sedikit hairan lalu bertanya, "Mana ada binatang Hariharimau - setahu cikgu harimau adalaa..".

"Ada cikgu..., itu hari saya ada dengar emak saya cakap sama bapak saya.....binatang...hari harimau...." itula binatang cikgu...kata murid tersebut dengan bangganya.

Sunday, October 26, 2008

MENJELANG PEPERIKSAAN - TIPS UNTUK IBU BAPA


Sebagai ibubapa, kita juga sama-sama berjihad siring dengan anak kita ketika menghadapi peperiksaan. Kita sebagai ibubapa juga "tension" dan gemuruh. Sempena menjelang peperiksaan SPM pada bulan November ini izinkan saya berkongsi beberapa "tips" dan panduan yang telah dikumpul dari ceramah dan artikel internet, lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak dapat bersama anak-anak kita semasa mereka bertarung untuk menghadapi peperiksaan.

1. BERTENANG - Jangan biarkan anak-anak melihat betapa risaunya anda. Keadaan ini akan menambahkan tekanan mereka.

2. MAKANAN - Pastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat dan makan vitamin supaya kesihatan mereka dapat dimantapkan. Bekalkan mereka dengan kismis dan kurma apabila pulang ke sekolah. Kismis dan kurma adalah makanan yang sungguh banyak khasiatnya dan merupakan sunnah nabi.

3. MINUMAN - Bekalkan mereka dengan susu dalam kotak apabila pulang ke sekolah. Jika tidak dapat berbuat demikian, cuba berikan mereka wang untuk membelinya di sekolah. Elakkan daripada minum minuman berkarbonat.

4. PERCAKAPAN - Jagalah pertuturan kita dengan mereka. Gunakan ayat-ayat positif dan elakkan ayat-ayat negatif, contohnya, "Jangan buang masa", "Jangan tidur lewat", "Jangan banyak bermain", sebaliknya ucapkanlah "Manfaatkanlah masa kamu dengan baik", Tidurlah secukupnya", Gunakanlah masa untuk berbincang dengan kawan tentang pelajaran".

5. TEKANAN - Kita seharusnya memahami bahawa mereka sedang berasa tertekan. Jangan menambahkan tekanan ini dengan memaksa mereka membuat lebih banyak kerja. Biarlah mereka merehatkan otak mereka seketika. Bawa mereka berjalan, beriadah dan hiburkan hati mereka.

6. BERSUKAN - Mungkin ada di kalangan anak kita yang gemar bersukan. Biarlah mereka bersukan asalkan tidak melampau hinggakan terlalu penat untuk belajar. Keselamatan juga haruslah dijaga.

7. KESIHATAN GIGI DAN MATA - Gunakan masa cuti untuk membuat pemeriksaan gigi agar tiada gangguan seperti sakit gigi ketika menghadapi peperiksaan. Bagi yang memakai cermin mata, pastikan cermin mata mereka dalam keadaan yang baik.

8. KEYAKINAN DIRI - Pastikan anda memantapkan keyakinan diri anak-anak supaya mereka berasa yakin dengan diri sendiri. Jika keyakinan diri mereka goyah, ini akan menjejaskan prestasi mereka.

9. DOA - Sentiasa berdoa untuk anak-anak dan pastikan mereka tahu yang bahawa betapa prihatinnya anda. Kita doakan untuk mereka supaya mereka berasa libih dekat pada kita dan lebih yakin.

10. SOLAT HAJAT - Bagi yang beragama Islam, lakukan solat hajat samada bersama anak atau keluarga ataupun bersendirian. (Sempena Ramadan, ambillah peluang keemasaan).

11. AIR YASSIN - Bagi yang beragama Islam, bekalkan air yaassin yang mana kita telah berdoa untuk anak kita.

BACA YAA-SIN DAN SURAH AL BAQARAH bagi yang beragama Islam. Baca YAASIN dan surah AL BAQARAH ketika kita tahu bahawa anak kita sedang berada di dalam dewan peperiksaan. Sekiranya tidak berpeluang membaca, pasangkan CD atau Kaset.

Semoga berjaya dengan cemerlang, InsyaAllah.

Friday, October 24, 2008

INFO BAHASA 4 - KATA GANTI NAMA DIRI TANYA

(4) KATA GANTI NAMA DIRI TANYA

1. "Nama pelajar baru itu apa?"
2. "Nama kucing kesayangan kamu itu siapa?"

Huraian :

Kedua-dua ayat di atas salah penggunaan kata ganti nama diri tanya kerana perkataan apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama orang sementara siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama bukan manusia. Ayat yang sepatutnya adalah seperti berikut :

1. "Nama pelajar baru itu siapa?"
2. "Nama kucing kesayangan kamu itu apa ?"

Seperkara lagi yang sering menjadi kemusykilan kepada pengguna bahasa ialah penggunaan partikel -kah selepas kata ganti nama diri tanya atau kata tanya yang lain. Perhatikan ayat berikut :

1. "Siapa nama pelajar baru itu?"
2. "Apa nama kucing kesayangan kamu ?"

Kedua-dua ayat di atas salah kerana partikel -kah perlu hadir bersama-sama dengan kata ganti nama diri tanya dalam ayat tanya songsang. Ayat yang sepatutnya adalah seperti berikut :

1."Siapakah nama pelajar baru itu?"
2. "Apakah nama kucing kesayangan kamu?"

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI



HAPPY DEEPAVALI - KHAS BUAT CIKGU UMHADEVI.. PRIYA THARISINI, MONISSHA. DASVINTHARAN DAN SEMUA YANG MENYAMBUTNYA... SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI DAN BERHATI-HATI DI MANA SAHAJA..

Thursday, October 23, 2008

Upin dan Ipin Wallpaper

[URL=http://img20.imageshack.us/my.php?image=upindanipinrayavu6.jpg][IMG]http://img20.imageshack.us/img20/4346/upindanipinrayavu6.th.jpg[/IMG][/URL][URL=http://g.imageshack.us/thpix.php][IMG]http://img20.imageshack.us/images/thpix.gif[/IMG][/URL]

PROFIL SAYA

AHMAD HUMAIRI BIN RAZALLI

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK SG GALAH

NO TELEFON : 012-4687159 / 05-6312502

E-MEL : humairi@hotmail.com
new welcome