Friday, January 16, 2009

KAMI BERSAMAMU PALESTIN




ALHAMDULILLAH, Tanggal 15 Januari 2009 Munajat Perdana Selamatkan Palestin telah dapat dijalankan dengan sembutan amat menggalakan daripada jemaah warga DUN Kg. Gajah. Dianjurkan oleh Pejabat Penyelia DUN Kg. Gajah Dengan Kerjasama Pertubuhan JAMAIY & AJK Masjid Sultan Azlan Shah, Kg. Gajah. Program bermula dengan solat maghrib berjemaah seterusnya bacaan yasin yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Isa selaku Imam Masjid merangkap Penyelaras Masjid Daerah Kecil Kg. Gajah.

Sejurus itu solat Isya' berjemaah diikuti dengan solat hajat yang diimamkan oleh
Al-Fadhil Ust. Mustafa Shaari Wakil Menteri Besar Perak DUN Kg. Gajah. Pada malam tersebut juga diperdengarkan dengan 'Doa Zaid bin Harithah' yang sebelum itu telah diperjelaskan oleh Ustaz Mustafa tentang sirah (Asbab) doa itu diperturunkan. Moga rintihan dan munajat warga DUN Kg. Gajah & DUN Sg. Manik ini akan diperkenankan ALLAH.


Tazkirah 'Penghayatan Rakyat PALESTIN' juga disampaikan oleh dua wakil Pertubuhan JAMAIY iaitu Sdra Mohd Suhaimi (YDP ABIM Perak) dan Ir. Megat Shaifuddin (Pimpinan JIM Perak). Mereka telah mengupas situasi semasa yang berlaku di Semenanjung Gaza & Baitul Maqdis dengan jelas dan bersemangat. Mereka juga telah memberi gambaran jelas sejarah pendatang Zionis ke Palestin dengan m,emungkinkan peluasan tanah Palestin secara HARAM dilaksanakan oleh kufar Yahudi.

Jemaah yang dianggarkan seramai 450 orang pada malam tersebut tidak berganjak kerana disajikan juga persembahan slide situasi Palestin, penderitaan dan kezaliman yang telah Yahudi lakukan terhadap saudara muslim di tanahair mereka sendiri. TERIMA KASIH kepada para penyumbang pada malam tersebut ketika mana Kutipan Dana PAlestin dilancarkan dan jumlah kutipan tersebut sebanyak RM 2,220.70. Syabas, moga ALLAH akan permudahkan rezeki kalian yang hadir. -http://paspasirsalak.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

new welcome