Tuesday, May 12, 2009

SEJARAH SUNGAI GALAH

Kampung Sungai Galah

Kampung Sungai Galah terletak di daerah kecil Kampung Gajah, Perak. Tempat yang berhampiran ialah Changkat Tin, Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang , Kampung Gajah, Changkat Rambai, Pengkalan Nibong dan lain-lain.

Sungai Galah merupakan sungai kecil yang bersambung dengan Sungai Kinta di sebelah timur. Sungai Kinta pula bersambung dengan sungai Perak.

Kampung ini asalnya kawasan penempatan dan perlombongan yang dimajukan sejak zaman Penjajahan British lagi.Teknologi perlombongan dibawa dari England terutama kapal-kapal korek. Rumah-rumah pengurus dan pekerja lombong dibina di kawasan berdekatan. Apabila harga bijih timah jatuh menjunam , lombong-lombong di kawasan ini telah ditutup. Baru-baru ini kawasan ini hendak dimajukan oleh MMC Sdn Bhd.

Kawasan ini dahulunya merupakan petempatan majmuk yang diduduki oleh pelbagai kaum seperti Orang Asli,Melayu,Cina dan India. Ada klinik kesihatan, panggung wayang dan pelbagai kemudahan lain. Tanah di kawasan ini telah diwartakan kepada Penduduk Asal Kg. Sg. Galah iaitu Orang Asli. Kini Orang Asli tersebut menjadikan tanah mereka sebagai Projek Tanaman Risda Fasa I iaitu tanaman kelapa sawit. Kebanyakan daripada mereka telah berpindah dan menduduki kampung baru iaitu Kg. Tangkai Cermin.

Yang tinggal di situ hanyalah kedai runcit dan tapak panggung wayang. Rumah-rumah pengurus dan pekerja lombong telah diubahsuai menjadi Pusat Latihan UiTM. Terdapat pasar pagi pada setiap hari Jumaat.

Kg. Sg. Galah kini diduduki oleh masyarakat Melayu dan banyak rumah dibina di situ. Penduduk asal yang telah berpindah ke Kg. Tangkai Cermin juga telah menikmati kemajuan dan pembangunan sejajar dengan 50 tahun negara kita merdeka. Kg. Tangkai Cermin banyak melahirkan golongan cerdik pandai seperti Bekas Senator Mendiang Itam Wali bin Nawan, Peguambela Kemala, Uda Nago, Dr. Bahari Belaton, Anak-anak mendiang Itam Wali- Elwan Awang,Elwa Lisa,Elwan Ponso dan Elwa Nita dan lain-lain lagi.

3 comments: