
BLOG BISU - HANYA GAMBAR BERIBU MAKNA.... Sila ke Laman saya yang satu lagi :http://bulanjatuhkeriba.blogspot.com/
Monday, March 30, 2009
Sunday, March 29, 2009
1988 - BERSATU
1987 - SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU

Permohonan pertukaran bejaya. Teman ditempatkan di SK Selat Pulau, Kg. Gajah. Tempat orang sakit untut tu....kata seorang teman. Tak kesahlah asalkan dapat balik Perak. Cari punya cari...terpaksa menyeberang Sungai Perak dengan sampan tambang. Bawak moto menyeberang dengan sampan. Apak ikut sama nak cari sekolah...perit gak rasenye.
Tuesday, March 24, 2009
1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
1985 - NASIONALISME TERAS PERPADUAN
1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN
1983 - BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
Monday, March 23, 2009
1982 - BERDISIPLIN GIAT MAJU

Tamat Perguruan di Tanjung Malim. Kena posting di Jengka Dua, Pahang. Sedo tak sedo rupanya tahun ni dah 25 tahun Malaysia merdeka...masih muda lagi!!! Sesampainya teman kat kuarters guru SK (LKTP) Jengka Dua...teman pun memunggahle barangan yang dibawa. Keluo satu benda tu, kengkawan senyum simpul tengok kat benda tu. Aku terperasan gak...tapi nape??? Ropenye kat situ masih takde elektrik...tak leh gune bende tu.. Camnele nak masak megi... Hairan gak...wiring dah complete kat rumah tu..tapi malamje felda pasang generator...
1981 - BERDISIPLIN BERHARMONI

Kat Maktab dah Tahun kedua...dah tak duduk kat asrama. Duduk menyewa bersama kengkawan di Kampong Ketoyong..bersama Bud, Mahasan, Rafai, Yusof dan Usop..Sumenye geng ketayap ijau. Tahun ni heboh pasai tudung purdah seorang pelatih yang enggan menanggalkan purdahnya. Tentu masih ingat kan kisah "SELAMAT TINGGAL DUNIAKU...""???
1980 - BERDISIPLIN BERBAKTI
Sunday, March 22, 2009
1979 - BERSATU BERDISIPLIN
Saturday, March 21, 2009
LOGO MERDEKA - 1978 - KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN

Masa sekolah dapat tawaran ke UPM...pastu tawaran ke matrikulasi pulak. Bapa datang ke asrama membawa surat tawaran. " Tak yahle pegi ye...duit apak dah banyak abis ni...., kamu sekolahje kat sini..."
Aku kembang kempis idung...rasa nak pegi...ikut kengkawan yang dapat tawaran sama...tapi apa dayaku...turutsaja perintah ayah!!!
1977

LOGO MERDEKA 1977 - BERSATU MAJU
Masa tu teman dah bersedia ambil SPM kat SMJK Sultan Yusuf Batu Gajah. Duduk hostel. Malam Hari Merdeka teman tido awal.. tapi kengkawan ada kegiatan malam...curi mangga kat rumah sebelah hostel. Tau-tauje ada sebiji mangga beso kat atas dada...pemberian ikhlas kengkawan.
Friday, March 20, 2009
LOGO-LOGO HARI KEBANGSAAN MALAYSIA

1976 - KETAHANAN RAKYAT
Hari ulang tahun kemerdekaan negara akan menjengah tidak lama lagi. Kepada peminat logo, teman akan mempamerkan logo-logo kemerdekaan negara mulai tahun 1976 secara berperingkat. Kalau yang ada minat bisnes... boleh le memanfaatkannya. Kepada cikgu-cikgu yang ada semangat patriotik, boleh juga memanfaatkannya dalam P&P cikgu....
Wednesday, March 4, 2009
PELIK TAPI BENAR

Kos sara hidup meningkat. Harga barang naik. Bayaran perkhidmatan turut naik. Semua mengeluh, tertekan. Susah rasanya nak meneruskan kehidupan.
Justeru itu, kita memerlukan hati yang tenang menghadapi kesusahan ini. Tanpa jiwa yang tenang, hati akan resah hingga sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa.
Terimalah hakikat ini secara positif kerana Allah sebenarnya sudah memberi cara untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Firmannya yang bermaksud "Apabila kamu susah, maka bersabarlah dan bersembahyanglah."
Banyakkanlah bersedekah (Sedekah??? Dalam keadaan kita yang serba kurang ini???). Bunyinya pelik kerana dalam menghadapi masalah kewangan, nak bersedekah pula! Besedekah tidak perlu banyak. Ikhlas bersedekah bila ada kesempatan. Ganjaran Allah akan melipahi kita. (Jangan nanti kita menyesal dengan kata-kata....." ....kenapalah aku tadi tak beri pada orang tu tadi...")
Senyuman satu sedekah. Berbuat baik mendapat pahala. Bacaan Fatihah serta ayat Al Quran boleh disedekahkan. Ayuh bersedekah. Rezeki Allah boleh mengunjugi kita tanpa kita duga.
Tuesday, March 3, 2009
AMALKAN SIKAP TENANG DAN SABAR

Empat sifat terpuji sekiranya diamalkan selalu dapat menjamin kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, iaitu sifat tenang, sabar, ikhlas dan redha. Sikap tenang adalah asas utama dalam akhlak Muslim, ia boleh didapati apabila kita sentiasa sabar, ikhlas dan redha. Ketenangan merupakan sifat orang yang dekat dengan Allah SWT, yang menyebabkan setiap orang yang melihat mereka merasa tertarik dengan akhlaknya.
Manakala sifat sabar, ikhlas dan redha membantu kita dalam membentuk sikap tenang tersebut. Sabar apabila marah dan ditimpa musibah, sabar menahan hawa nafsu, juga sabar dalam menunaikan ibadah. Apabila kita mampu bersabar, banyak masalah dalam hubungan sesama manusia dapat dielakkan. Di samping sabar, kita hendaklah juga sentiasa ikhlas dalam segala tindak-tanduk dan perbuatan kita. Ini kerana ikhlas dapat membantu kita menjauhi daripada gangguan syaitan, sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa syaitan tidak mampu mempengaruhi orang-orang yang ikhlas dalam beribadah kepada Allah. Akhirnya keredhaan dan bersyukur atas segala apa yang berlaku kepada kita, ia adalah kemuncak tanda kasih kita kepada Yang Maha Esa.
Ramai yang bersyukur apabila diselamatkan daripada musibah, memperoleh sesuatu yang menggembirakan, sihat, berjaya serta mendapat rezeki yang melimpah tetapi kurang mempraktikkannya sebagai amalan seharian kita, sedangkan kita diajar supaya mengucapkan syukur "alhamdulillah" apabila bangun dari tidur, tanda kesyukuran kita kepada Allah. Begitu juga sifat-sifat lain, selalunya kita cuma teringat apabila diri dilanda musibah.
Apakah ini berlaku kerana manusia cepat lupa?
Apabila diberi kesenangan kita selalu lupa diri, kadang-kadang lupa untuk bersyukur, namun apabila ditimba masalah barulah kita kembali memohon kepada Allah agar dilepaskan daripada musibah tersebut. Begitulah sifat manusia "sudah terhantuk baru terngadah".Islam telah mengajarkan kepada kita untuk mengamalkan sifat-sifat ini dalam kehidupan dan amal ibadat kita. Namun adakah kita sentiasa bersabar dan bersyukur apabila berhadapan dengan ketetapan Allah SWT, juga apakah kita ikhlas menerima segala pemberian Allah SWT?
Fahamilah firman Allah sebagaimana yang disebutkan dalam Surah Al-Baqarah:216:"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
"Manusia merancang, Allah yang menentukan", "hidup tidak selalunya indah" begitulah diantara pepatah Melayu yang mengingatkan kita agar sentiasa beringat dalam hidup ini ".Serta ingatlah firman Allah (Surah Ibrahim:7) yang bermaksud :"Dan ingatlah juga tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Seorang manusia apabila ditimpa sesuatu musibah sama ada besar atau kecil lalu dia bersabar dan ingat kepada Allah serta yakin bahawa apa yang berlaku telah ditetapkan Allah kepadanya, dan mempunyai hikmah disebaliknya maka dia akan menjadi tenang. Begitu jugalah apabila dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, dia tidak akan bersikap terlalu gembira sehingga melanggar perintah Allah atau merasa bangga, riak, sombong atau tamak. Sebalik dia bersyukur dan ingat kepada Allah lalu dia menjadi tenang.
"Ada juga hadis yang menganjurkan supaya manusia bersikap sabar dan syukur bagi memperoleh ketenangan. Sabda Baginda SAW yang bermaksud:“Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya.”(Hadis riwayat Muslim)
" Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:"Tidak ditimpa seorang Muslim keletihan, penyakit, kerisauan, kesedihan, kesakitan, kesedihan yang amat sangat sehingga walaupun duri yang menyucuknya melainkan Allah menghapuskan dengannya dosanya.”
Hidup ini adalah ujian dan ujiannya juga berbeza-beza kepada setiap orang, jadi kita hendaklah sentiasa bersikap sabar, ikhlas dan redha atas segalanya, kerana itulah punca ketenangan dalam jiwa kita. Kita juga harus sedar bahawa Allah mengurniakan rezeki kepada manusia dalam pelbagai bentuk, jadi sikap redha dan bersyukur membantu kita menghadapi segala masalah. Ia akan membentuk ketenangan jiwa walaupun tidak berharta. Apalah maknanya duit yang banyak, harta bertimbun sekiranya jiwa resah kerana ia tidak dapat memberikan sebarang kesenangan dan ketenteraman diri. Jadi sentiasa amalkan sifat2 sabar, ihklas dan bersyukur agar kita beroleh ketenangan jiwa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
