Friday, October 24, 2008

INFO BAHASA 4 - KATA GANTI NAMA DIRI TANYA

(4) KATA GANTI NAMA DIRI TANYA

1. "Nama pelajar baru itu apa?"
2. "Nama kucing kesayangan kamu itu siapa?"

Huraian :

Kedua-dua ayat di atas salah penggunaan kata ganti nama diri tanya kerana perkataan apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama orang sementara siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama bukan manusia. Ayat yang sepatutnya adalah seperti berikut :

1. "Nama pelajar baru itu siapa?"
2. "Nama kucing kesayangan kamu itu apa ?"

Seperkara lagi yang sering menjadi kemusykilan kepada pengguna bahasa ialah penggunaan partikel -kah selepas kata ganti nama diri tanya atau kata tanya yang lain. Perhatikan ayat berikut :

1. "Siapa nama pelajar baru itu?"
2. "Apa nama kucing kesayangan kamu ?"

Kedua-dua ayat di atas salah kerana partikel -kah perlu hadir bersama-sama dengan kata ganti nama diri tanya dalam ayat tanya songsang. Ayat yang sepatutnya adalah seperti berikut :

1."Siapakah nama pelajar baru itu?"
2. "Apakah nama kucing kesayangan kamu?"

No comments:

Post a Comment

new welcome