Wednesday, April 29, 2009

01/05/2009 - ESOK CUTI


Hari Buruh pada umumnya dirayakan pada tanggal 1 Mei, dan dikenal dengan sebutan May Day. Hari buruh ini adalah sebuah 'hari raya' (di beberapa negara) tahunan yang bermula dari usaha gerakan syarikat buruh untuk merayakan keberhasilan ekonomi dan sosial para buruh.

Esok - tanggal 1 mei datang lagi..cuti lagi...

"SELAMAT HARI RAYA HARI PEKERJA"

Monday, April 27, 2009

SIKIT PUN CUKUP, BANYAK PUN HABIS

Kalau di tanya nafsu, kita inginkan kekayaan, inginkan kelebihan. Inginkan yang banyak.

Bila ke pasar, beli ikan serta lauk-pauk yang banyak. Kalau ke kompleks beli-belah, tangan tak cukup menjinjing beg plastik dengan troli yang sudah penuh!!! Rasa 'kembang' dihati bila melihat troli tersebut, lebih-lebih lagi bila ramai yang memandangnya dan terpandang pulak kepada pembeli-belah yang hanya menjinjing bakul 'kosong'.

Tanya pula selera. Nak makan sedap je! Nak makan banyak plak tu...

Pagi tadi aku sudahpun mengambil beberapa ketul kuih dan meminta sebungkus nasi lemak (RM 0.70). Aku disapa oleh seorang teman yang aku lihat lebih dari 5 beg plastik berbungkus kuih-muih di tangannya.

"Hai..cukup ke tu?", dalam nada yang mengundang 'konfrontasi' dihati ini.

"Sikitpun cukup...banyak pun habis....", sahutku, sambil mengawal perasaan.

Aku membeli sedikit kerana ianya cukup buatku. Aku mendoakan agar yang banyak dibeli olehnya akan habis dimakan dan dimanfaatkan olehnya.

Yang banyak itu memang akan habis....sama ada habis dimakan ataupun habis dibuang... Membazir je!!!

Jadi..., benarkanlah ungkapan ini "SIKIT PUN CUKUP, BANYAK PUN HABIS". Jangan dihabiskan secara membazir!!!!

Sunday, April 26, 2009

NAFSU YANG DEGIL


Dalam sebuah kitab karangan Uthman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup di abad ke 13 Hijriah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah swt telah menciptakan akal, maka Allah swt telah berfirman bermaksud : "Wahai akal, mengadaplah engkau". Maka akal pun mengadaplah ke hadapan Allah swt. Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud : "Wahai akal, berbaliklah engkau", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal. siapakah aku?". Lalu akalpun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambamu yang daif dan lemah".

Lalu Allah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal, tidak kuciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau". Setelah itu Allah swt menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu". Nafsu tidak menjawab, sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai nafsu, siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata : "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau". Setelah itu Allah swt menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau".

Lalu Allah swt menyiksa nafsu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah swt berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakan Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hambaMu dan Engkau adalah tuhanku".

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah juga Allah mewajibkan puasa. Dalam kisah ini kita tahu bahawa nafsu adalah sangat jahat. Oleh itu kita hendaklah mengawal nafsu - jangan biarkan nafsu mengawal kita. Kita akan musnah akibat mengikutkan nafsu.

Thursday, April 23, 2009

FLASH BACK


Pada tahun 1875 di suatu malam di Pasir Salak berkumpullah orang-orang kampong di suatu pesta keramaian. Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela berbual-bual mengenai karenah 'orang putih' yang semakin menjadi-jadi - menyibuk mengenai hal-ehwal orang-orang Melayu.

Malam itu, residen British di Perak iaitu JWW Birch di bunuh oleh Si Putum. Mengapa omputih ni datang??

Al kisah....sebermulanya akibat dari perebutan kuasa antara Raja Abdullah dengan Raja Ismail. Raja Abdullah telah membenarkan inggeris campur tangan dalam pemerintahan Melayu dalam Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874.

Dua orang Raja Melayu berebut memerintah di Perak.

Alaaa... geng kongsi gelap Cina jugak 'berkonfrantasi' sebab kes bijih timah. Ingat tak puak Gee Hin dan Hai San??? Perbalahan antara mereka mendorong Raja Abdullah meminta penyelesaian dari British.

Itu dulu....Dah lama berlalu. Kini perebutan kuasa di Perak berulang lagi... Tak habis lagi kesnya weh...2 orang menteri besar di Perak....

Janganle panggil omputih lagi...selesaikanlah sendiri.

Saturday, April 18, 2009

WASHING MACHINE


Semalam Pak Dollah telah kembali ke rahmatullah. Al Fatihah khas buat allahyarham. Saya turut menziarahinya.

Ketika menanti jenazah diuruskan...seperti biasa, ramai yang bersembang - bertanya khabar serta berbual mengenai pelbagai isu. Saya duduk bersama kumpulan Pak Aji Mat dengan Pak Aji Saie. Mereka berdua 'bertengkar' mengenai masalah kebersihan pakaian yang dicuci dengan "washing machine".

Aji Mat kata pakaian yang dicuci itu bersih dan boleh dipakai bawak sembahyang. Aji Saie kata pakaian itu tidak benar-benar bersih. Mereka berdua lantas menoleh kepadaku untuk meminta pendapatku. "Ce tanye cikgu tu....camane...bersih ke tak...?"

Aku sengeh je..dan aku cuba layan ikut sedap ati aku...

Pakaian tu bersih dan berbau harum apabila selesai dicuci... kataku. Pak Aji boleh pilih untuk cucian otomatik sepenuhnya atau cucian 'manual'. Kita yang kawal mesen tu... Bila pusingan pertama cucian tamat... air akan di buang dan kemudian di ganti dengan air baru...air bersih.

Ha..tula tak caya kata Aji Mat. Pastu air bersih bilasan terakhir akan diganti pula sebelum di 'spin' untuk dijemur...kan gitu cikgu??? Bersih ke tak bersih???... tanya Aji Mat kepada Aji Saie.

Aji Saie tak puas hati. Aku memberikan rumusan terakhir.

Sebenonya orang yang 'canggih' yang tahu kebersihan, memang tak mengakui kebersihan cucian dari mesen basuh ni... kataku. Ini kerana apabila berada di tahap terakhir cucian mesen, air 'bersih' itu akan di 'gerodak' - diulang-ulang menjadikannya air yang tidak mutlak lagi. Ini yang Pak Aji Saie ragukan kataku sambil memandang kepada Aji Saie. Aji Saie nampak gembira. Betul tu cikgu katanya... Aku menyambung lagi...kita bukan tak boleh guna mesen tu.....boleh.... bila peringkat terakhir...gunalah 'air lalu' kataku.

Aku teringat pada arwah ayah....dia mencuci semua pakaiannya sendiri. Dia membilas dengan 'air lalu' pada semua pakaian yang dicucinya. Apabila menyidai di ampaian ayah akan terlebih dahulu mencuci dawai ampaian tersebut. Aku tengok je...ade taik burung kat dawai penyidai ni... kata ayah. Aku tak nampak pulak taik burung tuh.....Al-fatihah jua buat arwah ayah...

Monday, April 13, 2009

SABAR - KITA TENGOK DULU


Ketika saya berkursus Sijil Perguruan Khas Muzik di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras dulu, saya melihat bagaimana seorang pensyarah - Mr. Johami Abdullah (Joe Chelliah) sedang melakukan 'tiuning' gitar salah seorang rakan sepelatih. Dia beberapa kali memusing laras tali sambil menarik dengan kuat tali-tali gitar tersebut. "Toing!...toing...!!, sumbang bunyinya.

"Woi..!, putusle tali tu..", kata tuan yang empunya gitar. En. Johami tadak peduli...dia meneruskan kerjanya dan akhirnya irama harmoni terhasil dari gitar tersebut - lunak dan merdu setelah penalaan bunyi berjaya dilakukan olehnya.

Kini Dato' Seri Najib memerintah. Banyak perkara perlu dilakukannya. Beliau mempunyai matlamatnya sendiri dan tentunya tahu apa yang perlu dilakukannya. Sabarlah dahulu. biar Dato' Seri Najib lakukan kerjaya.

Dalam kes menyelaraskan bunyi gitar tu... segalanya mungkin!! Tali gitar boleh putus jika tersalah regangan. Bunyi yang dihasilkan boleh menjadi sumbang!

Mahaguru memang tahu apa yang dilakukan. Apa yang perlu ialah izin Allah yang maha kuasa. Kita yang tak tahu apa ni..biarlah bersabar sedikit. Bukannya tak boleh komen. Kita tengok dulu.



Thursday, April 9, 2009

SELAMAT BERTUGAS - SEGALANYA MUNGKIN

KJ : Yang Menang Tidak Menang Semua.


Yang Menang Tidak Menang Semua. Ini lah ungkapan yang sesuai untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menang dalam pertandingan sengit dalam PAU baru-baru ini. Khairi Jamaluddin (KJ) meraih 304 undi melayakkannya menjadi Ketua Pemuda UMNO menggantikan Hishamuddin yang telah melepasi had umur.

Ramai yang tidak terkejut apabila beliau tidak tersenarai dalam kabinet baru Kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh PM di Putrajaya petang 9 April lalu. Kabinet rakyat ini dikatakan cuba untuk memenuhi aspirasi rakyat dengan tidak mengambil risiko melantik orang-orang yang berisiko tinggi.



Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika diminta mengulas mengenai Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak dilantik di dalam kabinet berkata, Khairy masih lagi Ketua Pemuda dan berpendapat ia tidak menjadi masalah kepada Ketua Pemuda itu. " Kita akan bantu dia perkasakan Pemuda,"katanya.

Yang Kalah Tidak Kalah Semua sesuai pula untuk Mukhriz yang tewas dalam jawatan Ketua Pemuda kepada KJ. Beliau mendapat undi ke tiga terbanyak iaitu 232 undi di belakang KJ dan Khir Toyo. Walaupun dengan undi sebanyak itu tetapi undi itu dilihat sebagai undi yang bersih dan ikhlas daripada perwakilan pemuda.

Walaupun kalah sebaliknya Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Industri. Ada yang melihat perlantikan Mukhriz sebagai memenuhi kehendak akar umbi. Ada juga yang nakal mengatakan Najib masih lagi dibelenggu oleh rasa 'malu-malu' dengan Tun Mahathir. Pendapat yang ini lebih nakal dan keterlaluan apabila nasib KJ akan menjadi lebih buruk daripada bapa mertuanya. Kemasukan Mukhriz ke dalam kabinet menandakan politik KJ akan berkubur!



Individu-individu lain yang bertuah tetapi kalah dalam pemilihan UMNO baru-baru ini antaranya Datuk Seri Rais Yatim yang dulunya Menteri Luar kini Menteri Penerangan,Komunikasi,kesenian dan Kebudayaan. Begitu juga Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin masih berpeluang berkhidmat di dalam Kabinet Rakyat ini walaupun tewas perebutan Naib Presiden.

Lebih bernasib baik ,ada juga yang menang tapi menang semua. Orang yang bertuah itu ialah seperti Ketua Wanita UMNO Datuk Shahrizat Jalil kembali sebagai Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat. Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula dilantik Timbalan Menteri Kesihatan. Pemuda UMNO nampaknya diwakili oleh Naibnya Datuk Razali Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Muar yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.



Akhir kata terima kasih dan tahniah serta sekalung penghargaan kepada tujuh menteri lama yang digugurkan iaitu Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Kerjaraya), Tan Sri Amirsham Aziz (Jabatan Perdana Menteri), Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Pembangunan Luar Bandar), Datuk Azalina Othman (Pelancongan), Datuk Seri Syed Hamid Albar (Dalam Negeri), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan). Terima kasih dan penghargaan juga kepada Menteri yang paling berprinsip Datuk Shahrir Samad (Pengguna) yang meletakkan jawatan sebelum pengumuman kabinet.

Selamat bertugas kepada 'Pasukan baru ' Najib-Muhyiddin.

Kabinet Baru Malaysia - Kabinet Rakyat



Berikut adalah Senarai kabinet Baru Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri di Putrajaya.



PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin (UMNO)

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)(Gerakan)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)(UMNO)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)(UMNO)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)(UMNO)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong (LDP)
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim (UMNO)
3. Datuk S.K. Devamany (MIC)
4. Encik Ahmad Maslan (UMNO)
5. Encik T.Murugiah (PPP)

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak (UMNO)
MENTERI KEWANGAN II:Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung (MCA)
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin (UMNO)

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong (MCA)
2. Dr Mohd Puad Zarkashi (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat (MCA)
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri (UMNO)
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew (SUPP-Serawak)

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok (Upko-Sabah)
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop (UMNO)
2. Jelaing anak Mersat (SPDP-Sarawak)

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum (PRS-Sarawak)
2. Senator Heng Seai Kie (MCA)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui (Supp-Sarawak)
Timbalan:
Noriah Kasnon (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek (UMNO)
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun (PRS-Sarawak)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung (MCA)
2. Datuk Saifuddin Abdullah (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir (UMNO)
2. Datuk Jacob Dungau Sagan (SPDP-Sarawak)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili (PBS-Sabah)
Timbalan:
Fadillah Yusof (PPB-Sarawak)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas (PPB-Sarawak)
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup (PBRS-Sabah)

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen (MCA)
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (PBB-Sarawak)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum (UMNO)
2. Datuk Rohani Abdul Karim (PBB-Sarawak)

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (UMNO)

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor (UMNO)
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng (Supp-Sarawak)

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai (MCA)
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim (UMNO)
2. Wee Jeck Seng (MCA)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam (MIC)
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob (UMNO)
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe (Gerakan)

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha (MCA)
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin (UMNO)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil (UMNO)
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun (MCA)

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman (UMNO)
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay (Gerakan)
2. Datuk Lee Chee Leong (MCA)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (UMNO)
Timbalan:
Datuk M.Saravanan (MIC)

MENTERI YANG DIGUGURKAN :

Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Tan Sri Amirsham A Aziz
Datuk Azalina Othman
Datuk Seri Syed Hamid Albar
Datuk Ong Ka Chuan
Datuk Seri Mohd Zin Mohamed
Datuk Shahrir Samad
Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Tuesday, April 7, 2009

APABILA DATANG PERTOLONGAN ALLAH DAN KEMENANGAN

Bertasbih Dengan Memuji dan Memohon Ampun Kepada-Nya


Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah berbondong-bondong. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Menerima taubat-(An-Nasr, Ayat 1-3).

Sentiasalah memohon pertolongan Allah...Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Kita boleh juga meminta pertolongan sesama makhluk namun Allah mengizinkan segalanya berlaku. Apa sahaja yang kita lakukan jangan lupa bertasbih kepada Allah SWT.

Monday, April 6, 2009

SEJUTA PENGHARGAAN

Terima Kasih Pak Lah!

Pak Lah mungkin dilihat sebagai Perdana Menteri paling lemah. Puncanya kerana;

1) manusia tidak sabar dan lekas membandingkan dengan Tun Dr. Mahathir sedangkan 22 tahun dengan realiti berbeza tentu saja tidak sama dengan tempoh singkat Pak Lah dan

2) kerana UMNO pasca pemecatan Dato' Seri Anwar sehingga

peralihan Tun Dr. Mahathir kepada Pak Lah adalah parti yang paling pengecut memperkatakan agenda perubahan dan pembaikan dan terus menjadi angkuh dengan kata seolah "Aku berkuasa dan kau perlu ikut aku. Siapa yang menentang akan dicincang lumat dan diburukkan serata alam".

Pak Lah...anda tetap hebat...membenteras rasuah serta membangunkan Islam Hadhari. Kepimpinan Pak Lah telah mengukuhkan usaha dan perjuangan kita menjadi sebuah negara yang progresif dan berdaya saing.Tun Mahathir.. anda tetap dikagumi.

Terima kasih Pak Lah.

Kepada Datuk Najib...anda harapan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah diucapkan

PILIHAN RAYA 2 BUKIT 1 BATANG



YANG MANA SATU DIPILIH???
BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK
new welcome