Saturday, February 14, 2009

APAKAH ERTINYA???



KELICAP MEMBUAT SARANG DI RUMAH. GAYA SARANGYA SEUMPAMA MENIRU LOCENG ANGIN DI SEBELAHYA. APAKAH REZEKI AKAN MELIMPAH UNTUK SEISI RUMAH INI???

Friday, February 13, 2009

TEMPUA BERSARANG RENDAH

"KALAU TIDAK ADA-ADA, MASAKAN TEMPUA BERSARANG RENDAH"

Begitu bidalan berkata-kata... Kalau tiada maksud atau sesuatu tujuan, masakan ia bertindak begitu.



Ini bukan burung tempua...ini burung kelicap kunyit yang saban pagi berkicau riang di pohon mangga dihadapan rumah. Bunyi ciapnya menyedarkan aku segera bangun dan jangan bermalas-malas lagi di atas katil.



Sang kelicap makin berani. Kini telah membuat sarang betul-betul di hadapan pintu masuk rumahku. Sarangnya tergantung umpama sarang tempua. Mulanya aku ingatkan 'penyengat' nak bersarang di hujung julai lampu kelip-kelip hiasanku. Aku menghalakan penyapu untuk membuangnya. Tiba-tiba sang kelicap datang membawa bahan binaannya dan meneruskan kerja-kerja membuat sarang. Aku lalu membiarkan saja ia bersarang di situ....

Kini sarang tersebut menjadi hiasan ori anugerah alam dan kelicap tersebut bebas datang dan pergi.

Saturday, February 7, 2009

MENUJU PUNCAK...



Kalau berusaha, pasti berjaya. Aeyman telah membuktikannya. Begitulah halnya yang baru sebentar tadi berlaku....Aeyman dengan aksinya - wall climbing di Karnival Jualan di dataran Kampong Gajah yang akan berakhir esok.

Dengan usaha yang bersungguh-sungguh, never give-up, serta bantuan yang diberikan, Aeyman telah berjaya sampai di puncak dan seterusnya membunyikan loceng di paras atas sekali menandakan kejayaan yang dicapai. Tahniah Aeyman!!! Anda boleh!!! Anda hebat!!!

Camtulah kalau nak berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti. Cikgu-cikgu sentiasa membantu...tapi Aeyman jangan cepat putus asa...jangan asyik Eman tak kesah...je.. Macam panjat dinding tu le... Mamang Aeyman terlucut...tapi dibantu hingga akhirnya sampai di puncak!

5A?? Tak mustahil Aeyman. Bersungguh-sungguhlah mencapainya, InsyaAllah.

Tuesday, February 3, 2009

HARIMAU MUNCUL DI KG PULAU JUAR, KG GAJAH

Semalam adik teman - Hashim pergi ke kampong Dalam Terus, Pasir Panjang Ulu untuk meneroka tanah tinggalan arwah ayah untuk diusahakan tanaman pisang. Tanah tersebut dah terbiar dan menjadi hutan banat dan menjadi tempat monyet-lotong serta khinzir hutan bersuka-ria. Apabila dah ditolak jentera maka bertempiaranlah larinya ke pinggir sempadan yang masih berhutan.


"Nak tanam ape tu weh??" tanya seorang penghuni (the one and only) yang masih setia tinggal di situ.


"Tanam pisang??? Esok dikenduri dek monyet..tak merase...tanamle sawit...", sambil memberi cadangan.


Tak pe wan...keme jagele kebun ni. Orang kata boleh upah orang vietnam jaga kebun sebab babi utan tak berani datang...kalo datang, nahas... lauk demele...


Harimau tak pula jumpa di situ. Tapi dalam perjalanan pulang Hashim terserempak dengan tiga ekor harimau (anak-beranak agaknya) di tepi jalan di kampong Pulau Juar. Ketiga-tiganya tenang bersantai menghadap jalan utama...tak kesah dengan pelalu-lintas di situ.


Harimau tu kadang-kadang ade, kadang-kadang tak ade... Tak caya, saksikan sendiri. Tanyale orang-orang kampong..tapi deme tak heboh pun!!!

Monday, February 2, 2009

Aeyman Dapat Adik...




Alhamdulillah, Aeyman dapat adik baru. Namanya Ahmad Khalis Ikhwan. Selamat datang....welcome Ikhwan.
new welcome