Thursday, October 30, 2008

Wednesday, October 29, 2008

HAIWAN BARU - HARIHARIMAU

Dalam sebuah Kelas di sebuah Sekolah Tamil, seorang guru sedang berbincang tentang nama-nama binatang (haiwan).

Maka bertanyalah guru kepada murid-muridnya tentang nama-nama binatang yang mereka tahu. Satu persatu nama-nama binatang disenaraikan oleh murid-murid.



....kucing...anjing...ular...semut...kanggaroo...lalat...singa....harimau...

Cikgu berasa sangat bangga kerana kelas pada hari itu sangat aktif. Dalam penyenaraian nama-nama binatang itu, seorang murid bangun dan menamakan HARIHARIMAU.

Cikgu berasa sedikit hairan lalu bertanya, "Mana ada binatang Hariharimau - setahu cikgu harimau adalaa..".

"Ada cikgu..., itu hari saya ada dengar emak saya cakap sama bapak saya.....binatang...hari harimau...." itula binatang cikgu...kata murid tersebut dengan bangganya.

Sunday, October 26, 2008

MENJELANG PEPERIKSAAN - TIPS UNTUK IBU BAPA


Sebagai ibubapa, kita juga sama-sama berjihad siring dengan anak kita ketika menghadapi peperiksaan. Kita sebagai ibubapa juga "tension" dan gemuruh. Sempena menjelang peperiksaan SPM pada bulan November ini izinkan saya berkongsi beberapa "tips" dan panduan yang telah dikumpul dari ceramah dan artikel internet, lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak dapat bersama anak-anak kita semasa mereka bertarung untuk menghadapi peperiksaan.

1. BERTENANG - Jangan biarkan anak-anak melihat betapa risaunya anda. Keadaan ini akan menambahkan tekanan mereka.

2. MAKANAN - Pastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat dan makan vitamin supaya kesihatan mereka dapat dimantapkan. Bekalkan mereka dengan kismis dan kurma apabila pulang ke sekolah. Kismis dan kurma adalah makanan yang sungguh banyak khasiatnya dan merupakan sunnah nabi.

3. MINUMAN - Bekalkan mereka dengan susu dalam kotak apabila pulang ke sekolah. Jika tidak dapat berbuat demikian, cuba berikan mereka wang untuk membelinya di sekolah. Elakkan daripada minum minuman berkarbonat.

4. PERCAKAPAN - Jagalah pertuturan kita dengan mereka. Gunakan ayat-ayat positif dan elakkan ayat-ayat negatif, contohnya, "Jangan buang masa", "Jangan tidur lewat", "Jangan banyak bermain", sebaliknya ucapkanlah "Manfaatkanlah masa kamu dengan baik", Tidurlah secukupnya", Gunakanlah masa untuk berbincang dengan kawan tentang pelajaran".

5. TEKANAN - Kita seharusnya memahami bahawa mereka sedang berasa tertekan. Jangan menambahkan tekanan ini dengan memaksa mereka membuat lebih banyak kerja. Biarlah mereka merehatkan otak mereka seketika. Bawa mereka berjalan, beriadah dan hiburkan hati mereka.

6. BERSUKAN - Mungkin ada di kalangan anak kita yang gemar bersukan. Biarlah mereka bersukan asalkan tidak melampau hinggakan terlalu penat untuk belajar. Keselamatan juga haruslah dijaga.

7. KESIHATAN GIGI DAN MATA - Gunakan masa cuti untuk membuat pemeriksaan gigi agar tiada gangguan seperti sakit gigi ketika menghadapi peperiksaan. Bagi yang memakai cermin mata, pastikan cermin mata mereka dalam keadaan yang baik.

8. KEYAKINAN DIRI - Pastikan anda memantapkan keyakinan diri anak-anak supaya mereka berasa yakin dengan diri sendiri. Jika keyakinan diri mereka goyah, ini akan menjejaskan prestasi mereka.

9. DOA - Sentiasa berdoa untuk anak-anak dan pastikan mereka tahu yang bahawa betapa prihatinnya anda. Kita doakan untuk mereka supaya mereka berasa libih dekat pada kita dan lebih yakin.

10. SOLAT HAJAT - Bagi yang beragama Islam, lakukan solat hajat samada bersama anak atau keluarga ataupun bersendirian. (Sempena Ramadan, ambillah peluang keemasaan).

11. AIR YASSIN - Bagi yang beragama Islam, bekalkan air yaassin yang mana kita telah berdoa untuk anak kita.

BACA YAA-SIN DAN SURAH AL BAQARAH bagi yang beragama Islam. Baca YAASIN dan surah AL BAQARAH ketika kita tahu bahawa anak kita sedang berada di dalam dewan peperiksaan. Sekiranya tidak berpeluang membaca, pasangkan CD atau Kaset.

Semoga berjaya dengan cemerlang, InsyaAllah.

Friday, October 24, 2008

INFO BAHASA 4 - KATA GANTI NAMA DIRI TANYA

(4) KATA GANTI NAMA DIRI TANYA

1. "Nama pelajar baru itu apa?"
2. "Nama kucing kesayangan kamu itu siapa?"

Huraian :

Kedua-dua ayat di atas salah penggunaan kata ganti nama diri tanya kerana perkataan apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama orang sementara siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama bukan manusia. Ayat yang sepatutnya adalah seperti berikut :

1. "Nama pelajar baru itu siapa?"
2. "Nama kucing kesayangan kamu itu apa ?"

Seperkara lagi yang sering menjadi kemusykilan kepada pengguna bahasa ialah penggunaan partikel -kah selepas kata ganti nama diri tanya atau kata tanya yang lain. Perhatikan ayat berikut :

1. "Siapa nama pelajar baru itu?"
2. "Apa nama kucing kesayangan kamu ?"

Kedua-dua ayat di atas salah kerana partikel -kah perlu hadir bersama-sama dengan kata ganti nama diri tanya dalam ayat tanya songsang. Ayat yang sepatutnya adalah seperti berikut :

1."Siapakah nama pelajar baru itu?"
2. "Apakah nama kucing kesayangan kamu?"

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI



HAPPY DEEPAVALI - KHAS BUAT CIKGU UMHADEVI.. PRIYA THARISINI, MONISSHA. DASVINTHARAN DAN SEMUA YANG MENYAMBUTNYA... SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI DAN BERHATI-HATI DI MANA SAHAJA..

Thursday, October 23, 2008

Upin dan Ipin Wallpaper

[URL=http://img20.imageshack.us/my.php?image=upindanipinrayavu6.jpg][IMG]http://img20.imageshack.us/img20/4346/upindanipinrayavu6.th.jpg[/IMG][/URL][URL=http://g.imageshack.us/thpix.php][IMG]http://img20.imageshack.us/images/thpix.gif[/IMG][/URL]

PROFIL SAYA

AHMAD HUMAIRI BIN RAZALLI

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK SG GALAH

NO TELEFON : 012-4687159 / 05-6312502

E-MEL : humairi@hotmail.com
new welcome